Monday 31 August 2015

Life

Assalamualaikum dan hai

Haip haip long time no see ya?! Of course la this is my first entry after I officially became iium student. Acecece jadi budak u dah pun aku.. Alhamdulillah  tapi at the same time sedih maa sebab terasa diri ni dah tua, dah cukup umur dah pun nak daftar pape 😭. Seriously la i really miss my childhood. Miss my life with less problem.

As today is merdeka day so at home i am. Cuti 4 hari derr... Heaven tau bila dah lame merantau pastu boleh balik rumah, 4 hari pun jadilah. Dua minggu lagi aku balik lagi cuti seminggu pastu pergi seminggu untuk final pastu balik untuk cuti sem tiga minggu pastu pi balik cfs untuk short sem and seterusnye...


Tapi kan malam ni kite dah nak  balik semula dah ke cfs and esok ade presentation and kena submit assignment. First assignment tau tak.. Sem ni rileks siket sebab belajar bahasa arab, english and subject course; islam and other religion in arabic -..- tapi ade la nangis dua tiga baldi sebab bahasa arab ni. My batch is the first batch that learn all the skills (research, study, thinking) and public speaking and course subject in arabic. Mau tak nangis aku. Sometimes nak tukar kos tapi nak kos ape..

Actually i really miss to study science. U know how boring i am when i just stay in the class and listen to lecture and i dont make any practical.  I miss physic, experiment and the calculation. I dont know whether i mischoose my course or not. Maybe ni ujian kot sebab nak senang kena bersusah dulu kan.? Tapi i miss science weii! Hahaha

Duk kat cfs banyak cabaran sebab it is my first experience to stay at hostel, i dont know what should i wear to class and i dont know what should i eat for my dinner. Sometimes i wasap my sisters '' sister sister what should i eat tonight, suggestion please'' but i only got bluetick -..-

But i really thanks to Allah because gave me awesome roomates ( i have 9 roomates and 8 of them are senior u know)  and supportive classmates ( they just like me yeee, giler-giler ). Bila orang tanye kitaorang 'korang kos ape?' kitaorang jawab ' irk'. 'What irk?' . What?!! IRK student have their own life la. We have our own right to enjoy this wonderful life as long as we jaga the ikhtilat. And... To be continued 3 weeks to go.

#thisentrywasrequestedbymyfriend
#thanksdearforvisitingmysite
#idonthaveideawhatshouldwrite




N.I.A

Friday 8 May 2015

Last Event For Us

Assalamualaikum dan hai

This is second entry for today. Well rajin siket nak update blog ni sebab bila masuk uni nanti takut tak sempat nak jenguk blog kesayangan yang serba kekurangan ini.

So in this entry i wanna share my wonderful moments with them. The last moments. BBQ! Dekat pantai k. Kira macam picnic ah. Nak handle ni bukan senang tau. Kesian aku tengok para organizers yang bertungkus lumus plan semua benda ni. Sorry la sebab mula-mula mengada tanak pergi tengok-tengok pergi jugak.

So, Pantai Seri Tujoh here we are!

Aku dengan Balqis jadi rider semalam. Wuhuuu!! First time aku naik motor jauh camni. Ingat ke aku dengan dia je rider tapi tetengok konvoi rider #legendfalahiah doe. Lulz. Tapi only us la girl. Nak snap pic tapi aku tak berani nak keluarkan fon. Jatuh tak pasal. Lepas tu mata aku tak boleh bukak pun asyik masuk habuk. Sakit doe!

Okey, bila dah sampai dekat pantai tu kita orang pilih tempat tepi tasik.



Well aku tanak cerita semua sebab panjang perjalanan cerita ni. Nak short cut je sebab selebihnya aku nak simpan dalam memori hidup aku. Ceee. So barbeque always be like bakar ayam sosej isi ketam makan dengan bihun goreng. Sodapp!! Nak tambah tapi full. Cehh rugi betul.

Tapi nak hidupkan api bara tu memerlukan kesabaran tapi aku tak alami menda ni sebab budak laki punye kerja. Kalau BBQ 4IJ dulu ada la aku struggle  mengipas arang dengan api supaya jadi bara. Best ahh kalau ingat balik. BBQ 5IJ tahun lepas pun budak laki buat. Aku bakar ayam time last last je. Takkan nak pergi celah diaorang duk syok bakar ayam kot. Masa diaorang makan gegirl ambik alih. Tu cerita BBQ dulu-dulu (bunyi macam lama je --').

BBQ semalam, nak rebut tempat pemanggang tu punye la lama. Nak halau diaorang punya la payah. Bila gegirl dua tiga orang duk kat pemanggang ,segerombolan (nyehehe =D) budak laki datang serbu balik. Terpaksa la aku pergi main belon balik. Cis! Kacau. Tapi at last dapat la kitaorang jajah pemanggang tu. Best derr! Tapi aku asyik main dengan belon je, kekadang je lawat tempat pemanggang tu. P/s: kat pantai memang tudung takkan jadi bentuk curve yang cantik, lain la kau pakai tudung fareeda.


Sosej pulut is my favourite one. Nak kebas banyak tapi dah kenyang. 

Dalam duk bakar ayam, makan minum segala tu... aktiviti wajib budak zaman era teknolongi ni tak lain tak bukan 'selfie'!!! Ofkos la. Selfie sini, selfie sana. Well, yesterday was our last day for spend time like this. Lepas ni confirm payah dah sebab busy lebih-lebih bila dah kerja. Tapi akan diusahakan agar reunion #legendfalahiah 2.0 akan dilaksanakan jika panjang umur dan dimurahkan rezeki ada yang nak sponsor.



Half of ex-4IJ 2013 ( tapi ada sorang tu mencelah --')

Half of ex-5IJ 2014




Hujan ribut panas terik badai taufan aaaa... hati aku tetap teguh sama kelas IJ.
Walau jatuh walau bangun berhalangan. Jiwa aku tetap teguh sama IJ.
# sorry abang, ciplak lagu. =D


Bila jam menginjak pukul 2, aku dengan Balqis pun tunggang motor balik rumah sebab  dia ada kerja aku pun kena balik awal. Sorry ye kawan kawan tak tolong kemas tempat. 

Suasana ketika aku tinggalkan tempat piknik kitaorang


See uolls soon. Insya Allah. All the best ye #legendfalahiah. May Allah ease our journey of life. Uolls is the best for me. Thanks for coming and being nice to me. Thanks for being my friends and the part of my life. Love korang sangat-sangat.


Bertemu dan berpisah adat manusia 
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga berjumpa pula kita di lain masa

Assalamualaikum sahabatku sekalian. Selamat melangkah ke dunia baru. Take care :)

N.I.A

Monday 13 April 2015

Graduation Day

Assalamualaikum dan hai

12 April 2015, tarikh keramat yang aku takkan pernah lupakan. Hari Graduasi kita orang! Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun lepas aku tahu ada grad, aku macam tak berapa ada hati nak join. Masa tu emosi tak berapa nak betul. Tapi bila fikir last dah pun berkumpul ramai-ramai macam ni. Lepas ni jumpa pun mesti jumpa Gorgeous (nama group wasap kitaorang, walaupun taklah gorgeous mana) je. 

Serious aku dah rindu mereka walaupun baru je semalam berjumpa. Happy sangat bila semorang naik pentas terima anugerah ( ada je yang tak datang). Happy bila boleh raikan kejayaan bersama-sama. Hasil penat lelah selama dua tahun. Tak kisah berapa A pun kitorang dapat haritu, yang penting kitorang masih boleh tersenyum bersama. =)

Bila balik  je rumah, tetiba rasa macam sedihnye T..T . Lepas ni semorang akan bawa haluan masing-masing, semorang akan jumpa dengan kawan baru ( mungkin lebih baik dari aku ), semorang akan ada kehidupan baru.  Satu je aku harap, walaupun diaorang jumpa kawan baru , gf baru, bf baru , please don't forget me !Sebab aku takkan lupa setiap detik kita lalui bersama. 



Graduan Muda SMKA Falahiah 2015


#Gorgeous dah jadi graduan dah



Welfie duluan sebelum ke dewan

Freestyle sangat sampai hilang tangan -..-


Ketahuilah sahabatku sekalian, aku sayang korang sangat-sangat-sangat sampai aku rasa nak paksa korang jadi schoolmate aku balik walau untuk sebulan. Tapi mustahil la kan! Adat pertemuan, ada perpisahan. Moga perpisahan kita nanti tidak akan memisahkan ukhuwah dan kasih sayang yang pernah terjalin antara kita. Maafkan segala salah dan silap aku. Aku sayang dan rindu korang. 


Bertemu dah berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga berjumpa pula kita di lain masa.


Good luck Legend Falahiah. Mungkin kita bukan yang terbaik tapi korang adalah sahabat yang paling baik untuk aku. Memori bersama korang aku takkan lupakan. 

Pilihlah jalan yang terbaik untuk masa depan kita. Jangan toleh ke belakang, majulah ke depan. Andai suratan takdir masih ada pertemuan antara kita, akan kita bertemu jua. Sayang korang.

#Ayatsasterasiket

p/s: kawen jangan tak ajak, ada juga nak kena sekeh dengan aku nanti. =P

N.I.A


Wednesday 1 April 2015

Sebab Aku Rindu Mereka

Assalamualaikum dan hai

Aku rindu mereka. Dah berapa bulan aku tak dengar lawak mereka, gelak tawa mereka, lawak bodoh, dan dah lama aku tak bantai gelak sampai sakit tekak dengan perut sebab mereka. 

Yang kaum Adam dengan cara mereka, majoriti syahid bila dah tengah hari, ada yang main fon bawah meja.. cis cis! Bila melawak mula lah baham membaham. Choi korang sakit perut aku gelak.! 

Yang kaum hawa pulak ade je bantai tidur time study . Ehem ehem and of course it was me la. Ratu tidur! Eh tak bukan aku ratu, ada lagi la... aku tukang baca buku dengan kusyuk sambil mata tertutup. Kaum hawa ni mangsa baham kaum adam and of course aku yang selalu baham mereka balik walaupun aku ni agak pendiam. Agaklah.!

Dulu kelas kita selalu meriah walaupun kelas kita tak seceria kelas orang lain sebab dinding putih --'. Dulu kelas kita selalu buat rombongan jemaah ke tandas bila habis masa edmek. Dan dulu kelas kita selalu organisekan jamuan kelas (banyak gilesss jamuan) . Sekarang semua tu dah jadi memori yang paling indah. Indah sangat

Dan sekarang aku sangat rindu korang. Rindu sebab aku sayang classmate aku ketat-ketat. Seteruk mana aku kena baham, seteruk tu aku sayang diorang as my friends. Ya Allah. Rindu sangat diaorang. 

Ni edited by budak redaksi kelas aku kot. Tak ingat.



N.I.A

Sunday 1 February 2015

Tahun Baru

Assalamualaikum dan hai.

Hari ni dah 31 Januari 2015. And this is my first entry for this year. Alhamdulillah masih diberi nikmat kehidupan...

Tahun 2014 telah menutup tirai sebulan yang lalu. Perit jugaklah penghakhiran tahun ni. Kelantan dan beberapa buah negeri lagi dilanda banjir. Tapi Alhamdulillah rumah aku okey tak kena banjir. Just elekrik dan air terputus. Seminggu jugaklah. Sikit je baru tu Allah nak uji. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini. Ambillah iktibar dari bencana ini.

Ni kira first experience la aku hadapi banjir sebesar ni. Masa tahun 2004 Kelantan dah banjir tapi takde la seteruk ni. Kalau nak kira, kampung aku ni dah jadi pulau. Alhamdulillah Allah masih lindung kami.

Sekolah aku pulak, Falahiah air naik setakat dada. Sejak habis sekolah ni dah 3 kali jugaklah aku gi jejak kaki kat sana. Dan dua kali dah la jumpa kawan baik aku tu. Nggeee (menyempat!) Kelas aku dulu confirm tenggelam jugak sebab ground floor. Huwaa habis meja aku. 

Okey i thinks i need to stop dah la. Serius bila lama dah tak menulis idea tak keluar nak cerita apa. Okey. Tabahlah semua menghadapi hari yang mengdatang. Ingat! Allah takkan uji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNya. Be strong. Sesungguhnya Allah bersama kita. Insya Allah.

N.I.A