Saturday 29 November 2014

Apabila mata dah sepet...

Assalamualaikum dan hai

Ni entri selepas trial sebelum spm. 1621.15092014
Tadi scroll punya scroll twitter, terbaca tweet hamba Allah ni. " kelas 3 jam.zzz" Ngee.
Cepat je kepala ni link dengan gaya aku dekat sekolah. And cepat je tangan ni ambik laptop nak tulis something dalam blog ni padahal baru je tadi plan nak buat karangan bm. Walawei spm 48 hari lagi masih tak sedar-sedar. 

Okey buka sekolah ni i'll uninstall twitter dengan ig. Wasap takleh buang susah nak contact dengan kawan kalau takde kredit, aku ni bukan jenis pakai kredit RM30 seminggu. 5 hinggit je sebulan. Takde duit nak top up. -..- 

Okey back to tittle... tetiba je aku teringat macam mana aku dekat sekolah bila belajar straight tak henti. Kononnya takde rehat la. Aku kalau dah masuk pukul 12.01 tengah hari memang mata ni makin sepet... sepet.. pet...et. Pegang tangan Idah, pastu cakap kat dia ''saya mengantuk la." Dia pun tolong urut-urut tangan. Olololo sweetnya. Tapi takde kesan jugak. Tak pun kalau dia ada coklat 'jongkong emas' dia bagi. Tapi takde kesan jugak. Aku ni jenis kena makan chewing gum baru tak ngantuk. Mentos la selalunya jadi pilihan. 

Kalau tahun lepas, ngantuk-ngantuk ambik minyak cap kapak letak dekat dahi. Tapi sekarang dah lali, letak pun tak berapa nak ada kesan. Botol cap kapak besar-besar pun dah tak menarik. Just jadi tugu dalam pensel box sampai tumpah sampai habis pensel box aku baung cap kapak. Tapi satu cara yang aku guna sekarang, letak cap kapak atas mata, bukan dalam mata. Mula-mula tu memang menangislah air mata keluar macam buka paip dah. Lepas tu tahanlah mengantuk. Kalau tak biasa jangan try kan tak pasal-pasal aku dipersalahkan.

29112014. 0205

Sekarang ni aku rindu sangat-sangat saat di dalam kelas. Semua dah berakhir. Sudah tiba masanya untuk aku melangkah meninggalkan alam persekolahan yang penuh dengan suka dan duka, pahit dan manis. Rindu mereka. Rindu Legend Falahian.


N.I.A






No comments: