Saturday 29 November 2014

Throw back of Annual Grand Dinner




Assalamualaikum

111014. Kita orang the spm candidates ni dah lama plan nak buat dinner for us and for the spm teachers. Alhamdulillah bila semuanya berjalan dengan lancar.

Everything was handled by us. Ehem. Catering co-pengerusi yang handle, dewan kita orang hias. Sebelum majlis start, pagi tu ada match antara kelas. Budak laki of course bola sepak and yang girls ni bola tampar bak kata pengerusi majlis. Tapi tidak hakikatnya. Biarlah kami je yang tahu ceritanya. Huhuhu.


Seminggu sebelum tu aku dah pening nak pakai baju mana. Mula-mula pengarah dinner ni buat tema pakai merah. Tapi ramai yang bantah akibat takde baju merah kot. Tu aku punya alasan ler. Yang lain tak tahu. Of course memasing nak pakai baju yang dah ada kat kepala ni lepas tahu ada dinner.

Walaupun dinner kita orang tak segrand orang lain, yang penting kitaorang happy sangat malam tu and enjoy ourself.


Pengerusi AGD, Hasif Aiman. Super spontan.
                                                                                                                                             
Tyqah and Nad
Pengerusi duet AGD, Hasid Aiman dan Nadia.
Awesome mc ever.
Artis AGD 2014. Geng legend Madani.
Half of the girls. Love uolls
Ni bahagian kita orang, 5 Ibnu Jauzi 2014.. 


Apa pun malam ni memang takkan dapat dilupakan. Suatu saat aku pasti titisan bakal mengalir dipipi bila terkenang saat bersama. (Sekarang, hati aku dah berat rasa beban rindu even masih bersama mereka). Kalau masa boleh dihentikan aku akan lakukannya. Tapi mustahil. Adat dunia ini, kehidupan harus diteruskan tanpa menoleh kebelakang. Teruskan perjalanan sehingga tiba masanya kita berhenti untuk selama-lamanya.

So, manfaatkan masa bersama sahabat atau yang tersayang sementara masih ada. Sungguh, perit rindu tidak akan dapat didescribekan. Hanya hati yang akan merasanya. Hanya Tuhan yang tahu.

Assalamualaikum. #thisentrywasdraftedon 16102014.1952

We are the best. We are Legend Falahiah. Insya Allah all of us will pass the SPM with excellent result. May Allah ease our journey to the real life. Good bye school's life. 

N.I.A
2036.29112014

Lawatan Ke Mahkamah Syariah

Assalamualaikum dan hai

This is a throw back entry. Of course la semuanya dithrow back sebab semuanya dah berlalu.

28102014. 5 hari je lagi nak SPM tapi kitaorang sekelas tetap nak pergi melawat Mahkamah Syariah. Kitaorang kan ambik subjek syariah. So trip ni dikira amali je la. Nak tengok prosedur dalam dewan perbicaraan. Masa discuss dengan ustaz dulu, dia ada tanya nak gi yang Kelantan punye ke Terengganu punya? Ofkos kitaorang pilih Terengganu. Tapi bila dah dekat sangat dengan SPM, ada yang tak nak pergi.. Kira 18 orang out of 21 je yang pergi. Tambah ustaz yang juga PKP kitaorang and kaunselor kitaorang.. Umi Faridah.

Bertolak dari sekolah 6.40 pagi. Sepatutnya 6.30 tapi lewat sikit. Bertolak awal pagi camni ni sebab takut tak sempat nak tengok perbicaraan dalam mahkamah sebab perjalanan tu ambil masa 3 jam jugaklah. So malam tu aku stay kat hostel. For the first time jadi budak hostel, okey not bad. But i like it even more. 

Gelap lagi. Guys naik koster, girls naik estima Ustaz.

Dewan Perbicaraan. Tak start lagi.
Bergambar sat depan main door. Smile..

Suka permandangan ni. 

Malam tu punya la plan nak tidur atas kereta tu, pastu nak baca buku. Berat beg aku bawak buku berbagai subjek. Tapi hampeh. Tahan 5 minute je baca buku. Tang tidur tu masa nak balik je. Lama la jugak. 

Kita orang breakfast dekat Pantai Penarik (tak silap aku nama dia dah ni). Pekena nasi lemak Kak Bah. Yummmy.... boleh tahan sedap. Pastu teruskan traveling kita orang. Lepas siap perbicaraan tu, kita orang dijamu lunch dekat mahkamah tu. Makan semeja dengan abang peguam yang hensem. Aisymen! -..- Muda lagi tau.

Lepas tu pergi solat dekat Pasar Payang. And beli some souvinier like dodol terengganu. My favourite. Lepas tu berhenti sat dekat Pantai Batu Burok untuk hirup udara segar. Ni kira last rehat minda untuk kita orang..

Tengah menconteng atas pasir
Tengah date. Yang ni halal punya.

Kekeliruan tak tahu nak selfie macam mana lagi.

Apa pun berlaku, classmatesku memang awesome.! Rindu nak dengar lawak mereka. 5 Ibnu Jauzi 2014. Insya Allah kita semua dapat A+ Pendidikan Syariah Islamiah. Dan result yang excellent dalam semua subjek. Amin.

N.I.A
1350.29112014

Memori

Esok 25 September 2014 kelantan cuti sebab hari mengundi dekat Pengkalan Kubor. Horreyy!! Cuti. Tapi semalam dapat mesej dari tusyen yang esok ada kelas ganti. T..T

Kelas apa pun memang selalu cemburu dengan aku bila dapat cuti free cenggini. Puiiihh.
Haih bila fikir spm gilos dekat, sabar sabar. Tadi dah dapat result yang result aku meningkat dari mid year tapi tak memuaskan. Tapi alhamdulillah sebab tu je rezeki aku atas usaha aku selama ni. Kenapa tak nak bersyukur kan? Memang aku admit yang malam exam hari tu pun aku tetap online. Agilos.! Tu result teruk tu.

Ramai la kawan aku yang result up up sampai tak sangka. Ada sorang kawan tu 10A... tak sangka aku. Dalam dewan dia sebelah aku je, tak sampai syafaat kat aku. Serious jealous doe..

Sekarang tengah struggle sambil menikmati hari-hari terakhir bersama classmates and kawan-kawan. Bakal rindu mereka. Classmates aku pun time last camni la dia orang buat best. Lawak sakan kesian perut aku senak bila gelak. Masa nilah kertas azim nak jatuh 3 kali dalam sehari dengan satu tulisan yang melawakkan. Errr???

Aku memang selalu kena baham dengan ustaz and budak laki. Tapi entah kenapa aku tak pernah nak tersinggung pun. Macam hati ni boleh terima gurauan mereka walau isu sensitif padahal aku ni kalau nak kata sensitif la jugak cepat terasa bila orang bergurau biawak. Oppss!

Sekarang rasanya bukan masa untuk terasa tapi untuk menghayati setiap saat bersama. Bila lagi kan? Nanti tak jumpa menderita rindu tak berkesudahan.

Sayang mereka ketat-ketat. Sayang sahabatku semua.

#entri 2210.24092014

Apabila mata dah sepet...

Assalamualaikum dan hai

Ni entri selepas trial sebelum spm. 1621.15092014
Tadi scroll punya scroll twitter, terbaca tweet hamba Allah ni. " kelas 3 jam.zzz" Ngee.
Cepat je kepala ni link dengan gaya aku dekat sekolah. And cepat je tangan ni ambik laptop nak tulis something dalam blog ni padahal baru je tadi plan nak buat karangan bm. Walawei spm 48 hari lagi masih tak sedar-sedar. 

Okey buka sekolah ni i'll uninstall twitter dengan ig. Wasap takleh buang susah nak contact dengan kawan kalau takde kredit, aku ni bukan jenis pakai kredit RM30 seminggu. 5 hinggit je sebulan. Takde duit nak top up. -..- 

Okey back to tittle... tetiba je aku teringat macam mana aku dekat sekolah bila belajar straight tak henti. Kononnya takde rehat la. Aku kalau dah masuk pukul 12.01 tengah hari memang mata ni makin sepet... sepet.. pet...et. Pegang tangan Idah, pastu cakap kat dia ''saya mengantuk la." Dia pun tolong urut-urut tangan. Olololo sweetnya. Tapi takde kesan jugak. Tak pun kalau dia ada coklat 'jongkong emas' dia bagi. Tapi takde kesan jugak. Aku ni jenis kena makan chewing gum baru tak ngantuk. Mentos la selalunya jadi pilihan. 

Kalau tahun lepas, ngantuk-ngantuk ambik minyak cap kapak letak dekat dahi. Tapi sekarang dah lali, letak pun tak berapa nak ada kesan. Botol cap kapak besar-besar pun dah tak menarik. Just jadi tugu dalam pensel box sampai tumpah sampai habis pensel box aku baung cap kapak. Tapi satu cara yang aku guna sekarang, letak cap kapak atas mata, bukan dalam mata. Mula-mula tu memang menangislah air mata keluar macam buka paip dah. Lepas tu tahanlah mengantuk. Kalau tak biasa jangan try kan tak pasal-pasal aku dipersalahkan.

29112014. 0205

Sekarang ni aku rindu sangat-sangat saat di dalam kelas. Semua dah berakhir. Sudah tiba masanya untuk aku melangkah meninggalkan alam persekolahan yang penuh dengan suka dan duka, pahit dan manis. Rindu mereka. Rindu Legend Falahian.


N.I.A






Friday 28 November 2014

It is Time To Say Goodbye

Assalamualaikum dan hai

1958.27112014. Tepat aku melangkah kaki meninggalkan bumi Falahiah tercinta.
Perasaan time tu hanya Allah saje tahu.

Sebelum nak balik tu, sempat la berpelukan dengan Eypah, Husna, Farah, Dayah and Teen. Sambil air mata takleh nak tahan keluar tanpa segan silu. This is what we call 'the last moment'. Lepas ni kalau kembali ke Falahiah takkan dapat masuk dorm C03 lagi. Takkan dapat masuk kelas 5 IJ lagi.

Semalam jugak, lepas balik dari rumah PKP, aku and girls 5 IJ ni terus berjalan ke kelas kitaorang... sambil di tangan fon merakam perjalanan kami. Keluar ke padang sekolah and terus ke aspurifa.

Memori yang tak mungkin aku lupakan. Mereka merupakan anugerah yang berharga untukku. Sahabat dunia wal akhirat. Insya Allah.


Selamat tinggal sahabat-sahabatku. Selamat tinggal Falahiah.