Thursday 17 April 2014

School Trip : Kedah

Assalamualaikum dan hai

Sharp! One week ago.
Seriously aku rindu saat itu sangat-sangat. Takkan pernah dilupakan sampai bila-bila. Yelah, last trip kot dengan kawan sekolah. Lepas ni dah takde dah macam ni. Oh i gonna cry. :'(

Last entri pasal trip to penang. Kali ni nak sambung dari penang ke kedah. 10 April 2014, kisahnya bersambung.

Solat subuh di penang. Dalam pukul 6.30 pagi bertolak ke kedah. Dah tak lalu ikut Penang Bridge II dah, lalu ikut yang lama punya. Goodbye Penang. You kept a lot of memories in my life.

Perjalanan selama dua jam tak silap aku dari penang ke kedah. Kita orang berhenti dekat RnR Gurun, breakfast. Makan nasi lauk ayam goreng celup tepung. Sedaplah ayam dia. Hehe.

Ni je gambar dekat Gurun




Tempat ni pernah menyimpan memori. Memori 5 tahun yang lalu. Memori aku dengan Syakirah. Time tu otw balik dari Langkawi. Trip sekolah lepas UPSR. Okey, kembali ke minggu lepas. Lepas breakfast kita orang sambung balik travel. Dalam tentatif nak pergi melawat salah sebuah sekolah dekat kedah ni. Kita orang pergi SMKA Kedah, sekolah kluster kecemerlangan. Okey, sangat kagum tengok sekolah ni. Everything is perfect. Paling best dia orang punya DM(dewan makan). Gilas cantik.

gambar hasil simpati mr. google.

Masa mula-mula sampai tu, kita orang pergi library dia orang. Yelah kita orang kan librarian, haruslah lawat library dia orang. 

Dia orang punya librarian pakai uniform putih tapi pakai vest purple. Teacher dia orang cakap tema library dia orang purple. Ada je snap gambar dia orang tapi tak berani nak upload sebab tak ingat nak minta izin dari dia orang hari tu.Dia orang terbaiklah! Sangat friendly. Ditanya sepatah, dijawab sepuluh patah. Sempat berkenalan dengan beberapa librarians, yang aku ingat Laila, Azzahra, Raihan dan .... hehe tak ingat dah. Tapi ramai la. Banyak benda kita orang borak. Pasal PMR la SPM la cuti la dialek Kedah-Kelantan la. Berbagai-bagai.
Masa dekat dia orang punya lib aku adalah tinjau-tinjau beberapa perkara yang berkaitan dengan keceriaan lib dia orang. Nak pinjam idea buat keceriaan lib kita orang. Maklumlah aku ni co exco keceriaan kan! Haih memang kerja aku keceriaan je. Tahun lepas biro kebersihan kelas tapi jaga keceriaan kelas. Tahun ni setiausaha kelas tapi buat keceriaan kelas. 
Lepas sejam berada di library SMKAK, dia orang bawa kita orang lawat dia orang punya galeri. Galeri Kecermelangan.


Semua pasal kejayaan sekolah ni dipamerkan disini. Sangat banyak!


Lepas tu pergi melawat hostel dia orang. Sebelum tu singgah dekat bilik yang mengurus pasal program ulul albab kejap. Lepas tu pergi dekat dia orang punya hostel. Okey! awesome sangat. sangat awesome. Tapi gambar tak tersnap. :D
Masuk dia orang punya DM. Tersentap jap. Wow! Gilas daebak. Cantik kot.

Pinjam DM boleh? Nak buat jamuan kelas. ^.^



Kita orang dijamu dengan lunch. Kenyang burrpp! Lepas lunch tinjau-tinjau kawasan aspuri kejap. Borak-borak dengan dia orang lagi.

Ni blok asrama dia orang tak silap aku.
Blok praU
Setiap hari khamis, pelajar sekolah ni pakai batik.
Say goodbye to them. Dia orang memang aweosome.



Insya Allah Falahiah pun akan jadi seperti SMKAK ni. Lepas pergi sekolah ni, kita orang pergi....

Menikmati permandangan dari Gunung Keriang!!


Ceh! Kononlah boleh naik gunung tu dengan uniform sekolah. Tak sanggup den. Kita orang pergi Muzium Padi je. Tingkat atas tu dia macam ada mural permandangan dekat sekeliling dinding, yang konon-kononnya kita dapat nikmat permandangan dari puncak Gunung Keriang. 


Kalau pergi Kedah, pergilah Muzium Padi ni. Boleh feeling ala-ala duduk atas gunung. 
Lepas muzium ni, kita berjalan kaki ke Planetarium Negeri Kedah. Dekat je kot. Tapi berpeluh jugak sebelum masuk planetarium tu memandangkan cuaca sangat panas, tapi berangin.

Saat kaki melangkah masuk.. bestnya air-cond menyerbu badan.  -..-

Takde pun gambar dekat sini sebab aku rasa nak enjoy je dekat sini. Lagipun nak save bateri phone, risau nanti nak sampai kelantan takleh nak contact parents naya aku tak sampai rumah nanti. Macam-macam benda aku try dekat sini Kekadang aku rasa macam budak tadika la pulak. Sampai gelongsor aku try. Dua tiga kali pulak tu. Try dengan Aisyah. Bukan try dah tu, terus main. Feeling ala zaman kanak-kanak ribena dulu. Mungkin kali terakhir aku main benda ni. Bye zaman warna-warni. Lepas tu try masuk tempat yang buat 'earthquake'. Gilaslah! Pening kepala den. Pastu ada kakak yang kerja dekat situ suruh masuk bilik teater 3D, pakai glasses yang 3D tu. Tengok video yang entahpape tu. Haih. Seram punya video. Menjerit sama-sama dengan Dini, dengan teacher Azrai and the guys. Lepas tu pergi sukat air dalam badan aku. Kakak tadi kata kalau air tu tinggi dari paras dada, overweight dah tu. Risau aku bila air naik dengan mendadaknya.Tapi tetiba berhenti di paras pinggang aku. Huh! Nasib baik. Masa last minute nak balik tu, sempat aku try banyak benda lagi. Rasa boleh release tension dekat sini. :)

Lepas pergi Planetarium ni, rancang nak pergi pasar rabu tak silap aku tapi tak jadi. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Bas ada masalah kejap. Cikgu pun suruh pergi tukar baju dan solat dulu. Lepas siap semua tu, bas dah okey balik. Ingat jadi nak pergi pasar tu tapi tak jadi. Takpelah, selamat bajet aku. Lepas tu, bertolak balik...

Mungkin bagi korang, trip ni macam tak best je. Tapi bagi aku, sangat best. So meaningful to me. Memang banyak kesukaran yang kita orang alami bersama... tapi semua tu jadi kenangan dan pengalaman yang akan mematangkan kita orang. From the deep of my heart, i miss that moments so much.

Alhamdulillah, thanks to Allah.

N.I.A

No comments: