Thursday 17 April 2014

School Trip : Kedah

Assalamualaikum dan hai

Sharp! One week ago.
Seriously aku rindu saat itu sangat-sangat. Takkan pernah dilupakan sampai bila-bila. Yelah, last trip kot dengan kawan sekolah. Lepas ni dah takde dah macam ni. Oh i gonna cry. :'(

Last entri pasal trip to penang. Kali ni nak sambung dari penang ke kedah. 10 April 2014, kisahnya bersambung.

Solat subuh di penang. Dalam pukul 6.30 pagi bertolak ke kedah. Dah tak lalu ikut Penang Bridge II dah, lalu ikut yang lama punya. Goodbye Penang. You kept a lot of memories in my life.

Perjalanan selama dua jam tak silap aku dari penang ke kedah. Kita orang berhenti dekat RnR Gurun, breakfast. Makan nasi lauk ayam goreng celup tepung. Sedaplah ayam dia. Hehe.

Ni je gambar dekat Gurun




Tempat ni pernah menyimpan memori. Memori 5 tahun yang lalu. Memori aku dengan Syakirah. Time tu otw balik dari Langkawi. Trip sekolah lepas UPSR. Okey, kembali ke minggu lepas. Lepas breakfast kita orang sambung balik travel. Dalam tentatif nak pergi melawat salah sebuah sekolah dekat kedah ni. Kita orang pergi SMKA Kedah, sekolah kluster kecemerlangan. Okey, sangat kagum tengok sekolah ni. Everything is perfect. Paling best dia orang punya DM(dewan makan). Gilas cantik.

gambar hasil simpati mr. google.

Masa mula-mula sampai tu, kita orang pergi library dia orang. Yelah kita orang kan librarian, haruslah lawat library dia orang. 

Dia orang punya librarian pakai uniform putih tapi pakai vest purple. Teacher dia orang cakap tema library dia orang purple. Ada je snap gambar dia orang tapi tak berani nak upload sebab tak ingat nak minta izin dari dia orang hari tu.Dia orang terbaiklah! Sangat friendly. Ditanya sepatah, dijawab sepuluh patah. Sempat berkenalan dengan beberapa librarians, yang aku ingat Laila, Azzahra, Raihan dan .... hehe tak ingat dah. Tapi ramai la. Banyak benda kita orang borak. Pasal PMR la SPM la cuti la dialek Kedah-Kelantan la. Berbagai-bagai.
Masa dekat dia orang punya lib aku adalah tinjau-tinjau beberapa perkara yang berkaitan dengan keceriaan lib dia orang. Nak pinjam idea buat keceriaan lib kita orang. Maklumlah aku ni co exco keceriaan kan! Haih memang kerja aku keceriaan je. Tahun lepas biro kebersihan kelas tapi jaga keceriaan kelas. Tahun ni setiausaha kelas tapi buat keceriaan kelas. 
Lepas sejam berada di library SMKAK, dia orang bawa kita orang lawat dia orang punya galeri. Galeri Kecermelangan.


Semua pasal kejayaan sekolah ni dipamerkan disini. Sangat banyak!


Lepas tu pergi melawat hostel dia orang. Sebelum tu singgah dekat bilik yang mengurus pasal program ulul albab kejap. Lepas tu pergi dekat dia orang punya hostel. Okey! awesome sangat. sangat awesome. Tapi gambar tak tersnap. :D
Masuk dia orang punya DM. Tersentap jap. Wow! Gilas daebak. Cantik kot.

Pinjam DM boleh? Nak buat jamuan kelas. ^.^



Kita orang dijamu dengan lunch. Kenyang burrpp! Lepas lunch tinjau-tinjau kawasan aspuri kejap. Borak-borak dengan dia orang lagi.

Ni blok asrama dia orang tak silap aku.
Blok praU
Setiap hari khamis, pelajar sekolah ni pakai batik.
Say goodbye to them. Dia orang memang aweosome.



Insya Allah Falahiah pun akan jadi seperti SMKAK ni. Lepas pergi sekolah ni, kita orang pergi....

Menikmati permandangan dari Gunung Keriang!!


Ceh! Kononlah boleh naik gunung tu dengan uniform sekolah. Tak sanggup den. Kita orang pergi Muzium Padi je. Tingkat atas tu dia macam ada mural permandangan dekat sekeliling dinding, yang konon-kononnya kita dapat nikmat permandangan dari puncak Gunung Keriang. 


Kalau pergi Kedah, pergilah Muzium Padi ni. Boleh feeling ala-ala duduk atas gunung. 
Lepas muzium ni, kita berjalan kaki ke Planetarium Negeri Kedah. Dekat je kot. Tapi berpeluh jugak sebelum masuk planetarium tu memandangkan cuaca sangat panas, tapi berangin.

Saat kaki melangkah masuk.. bestnya air-cond menyerbu badan.  -..-

Takde pun gambar dekat sini sebab aku rasa nak enjoy je dekat sini. Lagipun nak save bateri phone, risau nanti nak sampai kelantan takleh nak contact parents naya aku tak sampai rumah nanti. Macam-macam benda aku try dekat sini Kekadang aku rasa macam budak tadika la pulak. Sampai gelongsor aku try. Dua tiga kali pulak tu. Try dengan Aisyah. Bukan try dah tu, terus main. Feeling ala zaman kanak-kanak ribena dulu. Mungkin kali terakhir aku main benda ni. Bye zaman warna-warni. Lepas tu try masuk tempat yang buat 'earthquake'. Gilaslah! Pening kepala den. Pastu ada kakak yang kerja dekat situ suruh masuk bilik teater 3D, pakai glasses yang 3D tu. Tengok video yang entahpape tu. Haih. Seram punya video. Menjerit sama-sama dengan Dini, dengan teacher Azrai and the guys. Lepas tu pergi sukat air dalam badan aku. Kakak tadi kata kalau air tu tinggi dari paras dada, overweight dah tu. Risau aku bila air naik dengan mendadaknya.Tapi tetiba berhenti di paras pinggang aku. Huh! Nasib baik. Masa last minute nak balik tu, sempat aku try banyak benda lagi. Rasa boleh release tension dekat sini. :)

Lepas pergi Planetarium ni, rancang nak pergi pasar rabu tak silap aku tapi tak jadi. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Bas ada masalah kejap. Cikgu pun suruh pergi tukar baju dan solat dulu. Lepas siap semua tu, bas dah okey balik. Ingat jadi nak pergi pasar tu tapi tak jadi. Takpelah, selamat bajet aku. Lepas tu, bertolak balik...

Mungkin bagi korang, trip ni macam tak best je. Tapi bagi aku, sangat best. So meaningful to me. Memang banyak kesukaran yang kita orang alami bersama... tapi semua tu jadi kenangan dan pengalaman yang akan mematangkan kita orang. From the deep of my heart, i miss that moments so much.

Alhamdulillah, thanks to Allah.

N.I.A

Saturday 12 April 2014

School trip : Penang

Assalamualaikum dan hai.

It was a great and wonderful trip. Last school trip for me. Perhaps. :'(

 

Hoho. Best sangat sangat. Tak menyesal la pergi. Hampir je aku tarik diri. Nasib baik aku termakan pujukan cikgu dengan Balqis. Heh. Trip ni dibawah PSS sekolah. I loike it.

8 April 2014. Kita orang bertolak dari sekolah dalam lebih kurang pukul 9. Nak sampai penang tu dalam 6 jam lebih. Panjang jugak perjalanan tu. Sempat lah tidur dua tiga empat kali. Travel ikut lebuhraya timur-utara. 
Sampai penang pukul 4 petang. Pergi check in Anggerik Lodging, area USM. Cikgu bagi masa sejam lebih untuk bersiap. Katanya nak pergi shopping dekat Queensbay Mall. Lepas siap bersihkan diri and solat semua tu, bertolak pergi QM. Okey, rambang mata jap ada dekat sini. Tapi tak berapa nak shopping la, takut habis bajet. Tapi ada la aku beli accessories sikit. 
Masa jejalan tu, Wani ajak pergi beli air. Kering tekak. Balqis ajak masuk McD. Tapi, kaki terstop depan Pizza Hut. Masuk la situ. Order yang simple-simple je. Bajet kan. Pizza amenda-dah-nama-dia aku tak ingat pilih size yang kecil memandang kita orang 4 orang je, aku, Balqis, Wani and Aisyah (budak form 2). Pastu tambah mushroom soup and penyaman tekak. Harga semua dalam RM 45. 
Lepas pergi QM, pergi makan malam dekat kedai mamak, Khaleel Restaurant. " Cis khalil. Ada restoran tak beri tau ye!". Ehek. Kita orang berempat taknak makan dah sebenarnya tapi cikgu order jugak. -.- Penuh perut malam tu. Makan sambil layan bola. Pasal bola malas komen. Lepas tu balik homestay. 
Kesimpulannya, malam tu memang tidur lambat sebab banyak menda nak buat. 

9 April 2014. Bermulalah perjalanan kami di Penang. Pagi tu dalam 7.45 dah bertolak pergi USM. Breakfast dekat situ. I took Nasi Lemak and Tea 'o'. Nasi lemak dia sedap lah. Haha. Lepas breakfast pergi Pusat Islam, dekat dengan Masjid USM. Actually this is my second time in Penang and USM. 
Masa dekat Pusat Islam tu kita orang dengar serba sedikit tentang USM and Pusat Islam ni. Ada la aku pasang hasrat nak apply USM nanti lepas SPM. insya Allah.

 

Lepas Pusat Islam, Muzium USM pulak kita orang pergi. 

 
Abang ni tengah beri information pasal Muzium ni.

Masa dekat muzium ni aku lebih senang jalan sorang-sorang. Tapi kekadang takutlah jugak sebab ada tempat yang agak gelap dan seram. Heh. Masa kita orang pergi ni, ada pameran selsius-usm.
Aku ni bukan jenis orang seni. Jadi aku tengok pameran tu tanpa perasaan. Aku just snap benda-benda yang aku rasa menarik je. Layan je.


 


 
Transition from United States

 Fall in love with this. Comel sangat. 
Green cat- pot from Thailand.


Actually banyak lagi gambar dekat muzium ni tapi aku malas nak upload. Maybe nanti aku rajin aku update balik entri ni. ;-)
Lepas muzium, pergi Bukit bendera pulak. " You've never been to Penang unless you've been to Penang Hill". Masa aku pergi dengan family masa 2011 dulu, jalan-jalan area bawah je. Beli souvinier je. Tak naik pun atas sebab macam gayat je. Hehe. Tapi pergi dengan school trip ni mestilah naik. Nak naik atas tu dengan train, takdelah gayat mana.  Kalau naik cable dekat Langkawi tu baru gayat sikit. Sikit je. Tapi kan ada la aku dengar masa naik bas, " .... Adoi!! pening kepala aku naik..." lebih kurang macam tulah. Okey, layan gambar ye.

 

 

 

I wish that house is mine. :D
sengaja rotatekan. hehe
Aisyah form 3, Akma and Cikgu Rusmini. 




 
Im looking for you from the top of Penang Hill... 
but i didnt found you. Im sorry. Haha :p

View from the top of Penang Hill.
 


Lepas penang hill, kita orang pergi Batu Feringghi. Gambar dekat pantai ni takde sebab kita orang just lalu dengan bas je. Lagipun aku pening kepala dengan jalan dekat Batu Feringghi ni. Tak sempat nak snap gambar. Dua kali pergi dua kali pening. Masa pergi dengan family dulu camni jugak. Redho jelah -.-  Cikgu kata " nikmatilah permandangan dari atas bas." Turun dekat masjid apa dah tak ingat, nak solat jamak zohor dengan asar. Lepas tu pusing balik.

Seterusnya, kita orang ke Padang Kota.  Dekat PK ni singgah dekat Fort Cornwallis kejap sebelum pergi makan. Perut aku buat konsert banyak kali dah. Lapar. :3 Nak masuk sini dikenakan bayaran RM2 for adult, RM1 for child. 5 orang je masuk sini memandangkan semua dah lapar.  Aku, Balqis, Wani, Aisyah and Cikgu Rusmini. Cikgu kata nak masuk 10 minit je.

 


 
Tegaknya berdiri tok Francis Light. :p
Gunpowder Magazine / kawasan simpanan serbuk senjata api.

In gunpowder magazine.
Seram la wei dalam ni. gelap kot. meremang bulu roma. Pic disnap ketika aku sorang-sorang dalam ni. -.-

 

 

 




Tak sempat pusing satu kawasan ni sebab 10 minit je masuk. Lagipun perut dah beri isyarat berkali-kali dah. Pergi makan dekat kawasan kedai makan banyak-banyak tu. Ada nama ke tempat tu? Area Padang Kota ni jugak. Dulu datang makan malam dengan family.Semua kedai buka, ni petang tak semua buka. Pilihan pun kurang. Nak je aku makan nasi kandar tapi takdelah. Orang penang kata, tak sah kalau datang penang tapi tak makan nasi kandar dengan pasembor. Takpelah nasi kandar penang dekat Kelantan pun ada. Aku beli pasembor, bungkus sebab nak makan dekat homestay, harga RM 9. :( Air kelapa RM4 :S Nasi goreng RM 4. Tambah air teh o ais RM1.30 sebab air kelapa tu tawar. Tak rasa apa-apa. Heh. Menangis dompet aku. :'( Gilas kenyang kot. Pasembor tu tak makan lagi. Malam baru makan.

Lepas makan pergi beli jeruk. Jeruk Pak Ali. Cikgu kata, tak sah datang penang kalau tak beli jeruk. Okey, borong jeruk kejap. Habis RM50.50. Haih. Bagi aku mahal tu. Lainlah kalau aku ni dah kerja. Dompetku kembali menangis. Lepas tu jalan-jalan dengan Dini, jumpa baju T penang. Beli satu. Kat belakang tulis I love Penang. Takpelah, buat kenangan.

Masa nak balik homestay tu lalu depan KOMTAR. Bye komtar. Dalam tentatif ada tulis nak pergi komtar, tapi masa tak mengizinkan. Takpelah. Dah cukup kenangan untuk hari tu. Sangat manis. Sukar dilupakan. 
Malam tu cikgu suruh tidur awal memandangkan pagi esok tu kena bangun awal, pukul 6.30 nak bertolak ke Kedah pulak. Tapi kita orang tidur lewat jugak. Lepas siap gosok baju, segarkan diri dan makan pasembor. Kita orang satu bilik ni layan hindustan TV2. Mula-mula aku tak berminat, tapi lepas tengok Dini syok gilas tengok. Balqis apa duk ulas pasal citer ni, aku pun tengoklah sampai habis. Dalam pukul 12 kot habis. Lepas tu naik katil tidur. Tapi terjaga balik pukul 1 lebih sebab dengar Dini dengan Nani kata ada tikus. Heh! Terus tak lena aku tidur. Bungkus badan dalam selimut takut tikus naik gigit, tapi takleh nak tidur jugak. Aku pun baring atas lantai tepi Syaf sambil layan citer omputih sambil tunggu phone siap dicharge. Pukul 2.30 pagi baru tidur. Pukul 5 pagi terjaga lepas dengar alarm phone Aisyah. Alarm aku punya tak selantang dia punya. Hajat nak sambung tidur balik tapi aku ada masa sejam setengah je sebelum bertolak ke Kedah. Aku pun jadi orang pertama bangun. Ehem ;-). Lepas mandi, baring atas katil jap tunggu subuh masuk. Pergi solat subuh dekat surau. Last subuh in Penang. 

Kembara Ilmu II. Penang-Kedah. 8-10 April 2014. Akanku kenang selamanya. This is  my last journey with my school friends. Ouh! Already miss penang. :'(
Seriously, rasa macam mimpi je jejak bumi Kelantan. Tapi aku kena teruskan perjuangan. SPM is around the corner ye kakak. Hehehe.
Takpe, insya Allah kalau ada rezeki dan keizinan, tahun depan aku nak join Kembara Ilmu III. (Menyibok je)

 
Say goodbye to Penang. 

#next entry : trip to Kedah.

N.I.A